TEKS UCAPAN PENGARAH PROJEK MAJLIS PERASMIAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum W.B.T dan salam
sejahtera
Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan
Pasukan Marin
Wilayah
1 Langkawi
Yang Berusaha,
Tuan Mohd Puzi Bin Din,
Penyelaras Bakti Siswa,
‘Senandung
Budi, Sulaman Kasih’.
Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti
Utara Malaysia.
Yang
Dihormati,
Ahli-ahli
jawatan kuasa pelaksana program,
Para
Keluarga Angkat,
Rakan-rakan
mahasiswa-mahasiswi UUM,
Seterusnya
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia-Nya maka diberi kesempatan kepada kita untuk berkumpul bagi
menyempurnakan majlis perasmian Program Bakti Siswa UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
di Kem Polis Marin Langkawi pada hari ini.
Saya
Nordiana Tajuddin selaku Pengarah Projek Program Bakti Siswa di Kem Polis Marin
Langkawi dengan bertemakan ‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’ ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Polis
Marin yang terlibat kerana sudi menerima kunjungan mahasiswa-mahasiswi UUM bagi
menjayakan Program Bakti Siswa di Kem Polis Marin ini bersama kami.
Hadirin
dan hadirat yang di hormati sekalian,
Program
Bakti Siswa ini di anjurkan oleh Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional (DPP TNB) UUM. Dewan
Penginapan Pelajar Tenaga Nasional (DPP TNB) telah menganjurkan Program Anak
Angkat Bakti Siswa ini sejak sekian lama lagi dan ia merupakan salah satu program
utama bagi kami. Program ini telah diadakan di banyak negeri termasuklah di
Sarawak pada cuti pertengahan semester yang lalu. Program seperti ini bertujuan
untuk mahasiswa/i menjalinkan hubungan silaturrahim dengan warga Polis Marin
dan memberi peluang kepada kami untuk mengenali dan berinteraksi dengan
penduduk yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia sama
ada muda atau tua. Keadaan ini akan mencapai matlamat UUM bagi membentuk
mahasiswa-mahasiswi yang lebih matang, terbuka dan dinamik.
Untuk
makluman hadirin-hadirat semua, program kali ini disertai oleh 39 orang pelajar
UUM yang terdiri daripada 12 lelaki dan 27 perempuan yang berasal dari pelbagai
negeri.
Harapan
saya, Program Bakti Siswa ini dapat menerapkan nilai-nilai yang tidak dapat
diperolehi dan dipelajari oleh mahasiswa-mahasiswi semasa menuntut ilmu di
dalam bilik kuliah di Universiti. Hanya dengan melalui pengalaman yang
sebeginilah rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi dan saya sendiri dapat merasai dan melalui
sendiri kemanisan hidup secara bermasyarakat.
Masyarakat
kampung yang kukuh dengan amalan, adat, dan tradisi seperti hormat-menghormati,
bergotong-royong, tegur-menegur, ziarah-menziarahi, bermaafan dan sentiasa
mementingkan semangat persaudaraan adalah nilai-nilai murni yang perlu
diterapkan kepada mahasiswa-mahasiswi universiti supaya kita mepunyai
keperibadian yang tinggi. Dengan itu matlamat bagi melahirkan modal insan yang
syumul serta berilmu dan menjadi Role
Model kepada masyarakat akan dapat dicapai melalui pengalaman ini.
Hadirin
dan hadirat yang dihormati,
Saya
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga
Polis Marin, Langkawi kerana sudi menerima kami warga UUM untuk mengadakan program Bakti Siswa
di sini. Bantuan, sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat kami hargai.
Program yang berkonsepkan keluarga angkat ini sudah tentu akan melibatkan
secara terus pelajar UUM dengan keluarga angkat masing-masing. Kepada keluarga
angkat yang sudi menerima kami para pelajar UUM, terlebih dahulu saya memohon
maaf sekiranya akan ada perlakuan kami yang salah dan tak senang mata
memandang. Mohon-mhonlah dimaafkan dan ditegur. Anggaplah kami ini seperti anak
yang dahagakan teguran seperti anak sendiri.
Akhir
kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang
menjayakan Program Bakti Siswa ini dan semoga program yang berlangsung ini
benar-benar memberi kejayaan dan berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan.
Sekian,
terima kasih.
Teks ucapan ketua kampung x ada ke..letih mencari..
ReplyDeletenak teks ucapan ketua kampung!!
ReplyDeletenak teks ucapan ketua kampung!!
ReplyDelete