Tuesday, December 25, 2012

TEKS EMCEE AGM (PERKOM)


Iringan Majlis

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada Negara, hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu  ”Negaraku”.

Hadirin dipersilakan duduk.

Mula majlis

Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Salutasi

Yang Berbahagia,
Puan Haslina Bt Halim
Penasihat
Persatuan Komunikasi
UUM.

Yang Dihormati,
Barisan Pensyarah Komunikasi

Saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli,
Pengerusi
Persatuan Komunikasi
UUM
Merangkap Pengarah Program pada Hari Ini.

Jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana,
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Terima kasih kami ucapkan kepada para hadirin
Kerana sudi meluangkan masa untuk turut sama menjayakan program pada hari ini.










Bacaan doa

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, dipersilakan
Saudara Zulhusni Syahmi B Zakaria
Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan..


Amin,
Amin Yarabbal al-amin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Objektif

Untuk makluman semua,
Program pada petang ini merupakan sebuah majlis Annual General Meeting (AGM). Program ini bertujuan untuk memilih tampuk pentadbiran bagi menerajui Persatuan Komunikasi (PERKOM) bagi sesi 2012/2013 dan menggantikan tampuk pentadbiran bagi sesi 2011/2012 yang bakal bergelar mantan.

Sebelum kita meneruskan acara pada petang ini, saksikan terlebih dahulu tayangan montaj ini.
Dipersilakan.

Ucapan Pengarah Program.

Sebagai pembuka bicara pada hari ini,
Majlis dengan ini menjemput saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli,
Selaku Pengerusi PERKOM merangkap pengarah program pada hari ini,
Untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengarah program atas ucapan aluan itu tadi.

Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan,
Puan Haslina Bt Halim
Penasihat
Persatuan Komunikasi
UUM
Untuk menyampaikan ucapan beliau.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn.Haslina atas ucapan itu tadi.
Sekarang, beralih pula kita ke agenda utama program pada hari ini diadakan. Untuk itu, saya mempersilakan saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli, Pengerusi Persatuan Komunikasi (PERKOM) untuk mengedalikan agenda utama kita pada hari ini.
Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli atas pengendalian pemilihan tampuk kepimpinan baru bagi meneruskan legasi kecemerlangan Persatuan Komunikasi (PERKOM) itu tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terpilih untuk menjadi Majlis Tertinggi Persatuan Komunikasi (PERKOM) bagi sesi 2012/2013. Semoga dengan terpilihnya anda untuk menjadi Majlis Tertinggi, maka PERKOM akan menjadi lebih gah pada masa akan datang. Berilah komitmen sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan anda pikul.

Ingatlah, Imam Al-Ghazali ada mengatakan, bahawa benda yang paling berat di dunia ialah amanah. Dan jawatan yang disandang juga merupakan salah satu amanah, oleh itu pikullah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Selamat maju jaya kepada barisan tampuk kepimpinan tertinggi PERKOM yang baru. Dan kepada mantan Majlis Tertinggi PERKOM, terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik sekali.


Terima kasih

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin yang bersama-sama kami untuk memeriahkan program pada hari ini.

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Saya mewakili jawatankuasa pelaksana program dengan rendah hatinya memohon ribuan kemaafan jika terdapat masalah sepanjang program ini berlangsung.

Segala yang baik itu datang daripada Allah S.w.t, dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri..

Sekian,
Wabillahitaufikwa-hidayah..
Assalamualaikum w.b.t.

Bersurai

Mengumumkan barisan VIP meninggalkan majlis.

No comments:

Post a Comment