TEKS EMCEE (PENUTUP)
Bagi
menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada Negara,
hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu ”Negaraku”.
Hadirin
dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmanirrahim,
Indah
berbalam si awan petang,
Berarak
di celah pepohon ara,
Pemanis
kalam selamat datang,
Awal
bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan
Marin
Wilayah 1
Langkawi
Yang Berusaha,
Tuan Mohd Puzi Bin Din,
Penyelaras Bakti Siswa,
‘Senandung Budi,
Sulaman Kasih’.
Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara
Malaysia.
Saudari,
Nordiana Tajuddin,
Pengarah Program Bakti Siswa,
‘Senandung Budi,
Sulaman Kasih’.
Ahli-ahli jawatan
kuasa pelaksana program,
Para Keluarga
Angkat,
Rakan-rakan
mahasiswa-mahasiswi UUM,
Seterusnya
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia diucapkan.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN
PENUTUP BAKTI SISWA PERDANA “SENANDUNG
BUDI, SULAMAN KASIH” 2012.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi
memberkati majlis pada hari ini,
Dipersilakan
,
Saudara,
.................................................,
Untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis
mempersilakan.
Terima
kasih diucapkan,
Atas
bacaan doa sebentar tadi.
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dari-Nya, kita telah pun usai
menjalankan Program Bakti Siswa Perdana di Kem Polis Marin Wilayah 1 Langkawi
yang bertemakan “Senandung Budi, Sulaman Kasih” 2012 ini dengan jayanya dan
selamat dari sebarang kejadian yang tidak di ingini.
Setelah
mahasiswa mahasiswi UUM berkampung di sini selama 4 hari 3 malam, akhirnya
tibalah jua saat untuk berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Majlis
pada hari ini diadakan sebagai simbolik tamatnya program pada kali ini.
Baiklah,
Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput,
Saudari Nordiana Tajudin,
Pengarah Program Bakti Siswa,
‘Senandung
Budi, Sulaman Kasih’
Untuk
memberikan sepatah dua kata,
Dipersilakan…
Terima
kasih diucapkan atas ucapan itu tadi
Seterusnya,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara
Malaysia.
Untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima
kasih atas ucapan itu tadi.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Seterusnya,
Majlis
dengan sukacitanya,
Menjemput
dan mempersilakan,
Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan
Marin
Wilayah 1
Langkawi
Untuk menyampaikan ucapan beliau, seterusnya merasmikan
Majlis Penutup,
Program Bakti Siswa Perdana Polis Marin Wilayah 1 Langkawi
2012.
Dengan segala hormatnya,
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Zaki Haji
Rasid atas ucapan serta perasmian penutup itu tadi.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Dari
Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian,wabillahitaufiq
walhidayah
No comments:
Post a Comment