Iringan Majlis
Sebelum
memulakan majlis pada hari ini,
Marilah
sama-sama kita berdiri untuk mengalunkan Asma’ Ul-Husna..
Mula majlis
Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
w.b.t.
Salutasi
Yang
Berusaha,
Dr.
Amlus Bin Ibrahim
Pengetua
Dewan
Penginapan Pelajar TNB
UUM.
Yang
Dihormati,
Al-Fadhil Ust.Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman.
Selaku penceramah kita pada hari ini.
Saudara Badrul Hisham,
Selaku Exco Kerohanian Dan Sahsiah
DPP TNB
Saudari Siti Nur Afdhalilah Bt Yusuf,
Selaku Pengarah program,
Jawatankuasa-jawatankuasa perlaksana,
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..
Terima kasih kami ucapkan kepada hadirin
Kerana sudi meluang masa untuk turut hadir pada petang
ini
Bagi bersama-sama mengimarahkan lagi majlis kita
pada hari ini yang bertajuk
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita.
Bacaan
doa
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk itu, dipersilakan
Saudara ………………………………
Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan..
Amin2 Yarabbal al-amin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Objektif
Untuk makluman semua,
Program pada petang ini merupakan sebuah majlis ilmu
yang begitu bermakna buat kita semua,
Iaitu sebuah seminar kesedaran wanita anjuran
Exco Kerohanian dan Sahsiah DPP TNB.
Ucapanpengetua
Dengan ini, majlis sukacitanya menjemput
Tn.Pengetua DPP TNB,
Dr.Amlus Bin Ibrahim
Untuk menyampaikan ucapan..
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Dr.Amlus Bin Ibrahim atas
ucapan itu tadi..
Latar
belakang penceramah
Pepatah Melayu ada berkata, tak kenal maka tak
cinta. Untuk itu, marilah kita sama-sama mengenali serba sedikit latar belakang
penceramah kita pada hari ini.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ceramah
Tanpa membuang masa lagi.
Dengan ini, majlis menjemput penceramah kita pada petang
ini
Al-Fadhil Ust Muhammad Hafiz Bin Badrulzaman untuk menyampaikan
ceramah beliau..
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
Al-fadhil Ustaz atas ceramah yang begitu bermakna sebentar
tadi.
Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Semoga Segala ilmu dan pesanan yang disampaikan sebentar
tadi dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian
kita,
Insya’Allah..
Penyampaian
cenderamata
Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah kita
pada hari ini, dijemput.
Dr. Amlus Bin Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar TNB
Diiringi,
Saudari pengarah program
Untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita
pada hari ini..
Dengan ini,
Dijemput,
Yang Dihormati,
Al-Fadhil Ust.Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman.
Selaku penceramah kita pada hari ini.
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Dr.AMlus Bin Ibrahim atas
penyampaian cenderamata itu tadi.
Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini .
Terima
kasih
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para
hadirin yang bersama-sama kami pada hari ini untuk mengimarahkan program
ceramah yang penuh dengan ilmu dan kesedaran.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Saya mewakili jawatankuasa pelaksana program dengan rendah
hatinya memohon ribuan kemaafan jika terdapat masalah sepanjang program ini berlangsung.
Segala yang baik itu datang daripada Allah S.w.t,
dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri..
Wabillahitaufikwa-hidayah..
Assalamualaikum w.b.t.
Bersurai
Dijemput saudari pengarah program untuk mengiringi
No comments:
Post a Comment