TEKS UCAPAN PRESIDEN
Terima kasih, saudara pengerusi majlis.
Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
w.b.t.
Yang
Berbahagia,
Puan
Haslina Bt Halim
Penasihat
Persatuan
Komunikasi
UUM.
Yang
Dihormati,
Barisan Pensyarah Komunikasi
Jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana,
Serta
hadirin hadirat yang dihormati sekalian..
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada hadirin semua kerana sudi datang dan memeriahkan majlis
kita pada petang ini, iaitu majlis Annual General Meeting (AGM) yang
bertujuan untuk memilih tampuk pentadbiran yang baru dalam Persatuan Komunikasi
(PERKOM).
Setahun sudah berlalu, saya dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT)
dan Exco-exco Persatuan Komunikasi (PERKOM) Universiti Utara Malaysia sesi
2011/2012 memegang tampuk pentadbiran. Jika pantai ada pasang surutnya, jika
malam ada silih gantinya dengan siang, jika hidup ada kematiannya dan jika kita
menyukai sudah pasti ada benda yang kita membencinya dan yang terakhir sekali
jika ada pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Inilah falsafah alam dan
kehidupan yang perlu kita terima sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini.
Jika dulu, apabila kita dengar nama UUM, sudah pasti gambaran yang
pertama yang bermain-main di fikiran kita ialah kehebatan dan kualiti graduan
yang lahir dari varsity tersebut. Hari ini, percayalah semua yang memimpin
PERKOM dan memegang jawatan dalam PERKOM, hari esok kalian pasti akan menjadi
seorang pemimpin dikalangan masyarakat, organisasi dan negeri malah mungkin juga
di peringkat Negara kelak. Ketahuilah rakan-rakan semua, PERKOM bukan sahaja
medan untuk kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara
yang berkaitan dengan kursus dan bidang pengajian kita di UUM semata-mata
tetapi PERKOM menyediakan untuk anda semua satu lapangan dan bentangan luas
sumber ilmu tentang kehidupan dan pengurusan hidup yang pasti sukar untuk anda
lupakan dalam hidup anda semua.
PERKOM telah melahirkan pemimpin dan penggerak masyarakat. Iltizam saya,
apa yang saya inginkan selama setahun saya memegang tampuk pentadbiran PERKOM
ialah semua MT-MT dan ahli-ahli PERKOM yang aktif memperolehi sedikit sebanyak
pengalaman untuk mengurus organisasi atau program, berhubung dengan pihak-pihak
luar dan yang terbaik sekali ialah menaikkan nama PERKOM buka sahaja di
peringkat UUM malah mungkin satu hari nanti PERKOM UUM akan dikenali
diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Inilah medan kita, medan untuk kita
berpencak sebagai mahasiswa sebelum kita tamat menjadi seorang graduan dari UUM.
Tiada apa yang dapat ditinggalkan untuk adik-adik semua yang bakal
mewarisi takhta kepimpinan PERKOM UUM bagi sesi 2012/2013. Apa yang pasti,
hanya doa dan restu yang kami iringkan uuntuk kalian moga kepimpinan adik-adik
semua jauh lebih baik dan berkualiti dari kepimpinan kami pada sesi
2011/2012.Buang yang keruh dan ambillah yang keruh dan ambillah yang jernih,
sudah pasti bnayak pengajaran dan ilmu yang telah kalian lihat, terima dan
perolehi dari kami sepanjang berada dalam sesi 2011/2012. Segala kekhilafan dan
kesalahan serta yang kurang baik semuanya adalah prasangka yang tidak baik yang
wajib dibuang jauh-jauh dalam diri kalian kepada kami selaku bakal mantan sesi
2011/2012.
Ingat, kita bukanlah orang yang memulakan dan juga bukanlah orang yang mengakhirkan
perjuangan dalam PERKOM UUM ini, tetpi kita adalah mata rantai yang menyambung
saki baki perjuangan yang masih tertunggak dan berbaki untuk diteruskan lagi
berjuang dan berjuang sehinggan kiamat memanggil kita. Rasanya, cukuplah
setakat ini sahaja ucapan saya, sudah pasti 1 tahun pengalaman memegang tampuk
kepimpinan PERKOM UUM sesi 2011/2012 banyak warna-warninya dan pengalaman yang
berharga yang semestinya terlalu banyak yang saya hendak ceritakan dalam
ruangan yang amat terhad ini.
Pesanan akhir saya untuk kepimpinan PERKOM UUM sesi 2012/2013,
rancanglah dan lakukanlah apa jua perancangan yang baik natijahnya untuk PERKOM
UUM akan dating dan jangan lupa amalkan selalu perjumpaan dan mesyuarat dalam
setiap kali untuk memutuskan sebarang keputusan dalam organisasi PERKOM UUM.
Akhir sekali, jutaan terima kasih dan maaf diucapkan kepada barisan Majlis
Tertinggi PERKOM bagi sesi 2011/2012 yang sentiasa berada bersama saya dalam
apa jua keadaan sepanjang tahun ini. Terima kasih dan maaf juga diucapkan
kepada Pn.Haslina Bt Halim kerana sudi memberikan pelbagai ilmu dan membantu
kami barisan MT PERKOM sesi 2011/2012 dalam melaksanakan apa jua program.
Terima Kasih kepada semua. Sekian, Wassalamualaikum. W.B.T.