Thursday, March 14, 2013

TEKS UCAPAN PRESIDEN JKPS - ROADSHOW JKPS DPP TNB 2013


TEKS UCAPAN PRESIDEN JKPS DPP TNB

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berbahagia
Dr.Amlus B Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Yang Dihormati
En.Nik Baidzani Haddad Bin Ibrahim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

En.Mohd Fitri Bin Yusof
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Mazyana Bt Hashim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Nur Haryani Bt Arsyad
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional



Saudari
Marina bt Mohamad Yusop
Pengarah
Program Roadshow

Barisan JKPS dan R.A, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat kita bersama-sama pada malam ini dalam majlis Roadshow JKPS DPP TNB. Saya mewakili barisan JKPS  ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada para hadirin kerana sudi hadir dalam program pada malam ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan tetamu khususnya Pengetua Dewan Penginapan Pelajar TNB, Dr.Amlus bin Ibrahim serta felo-felo yang sudi melapangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sesungguhnya, kehadiran anda semua amat besar ertinya dan kami menyanjung tinggi komitmen rakan-rakan yang sentiasa menyokong apa-apa jua program yang dianjurkan oleh DPP.



Sekalung  tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan buat ahli jawatankuasa  yang terlibat dalam program ini baik secara langsung mahupun tidak langsung sekaligus memastikan kelancaran program pada malam ini.

Hadirin dan Hadirat sekalian,
Program pada malam ini lebih sinonim dengan perkataan ‘roadshow’ ini merupakan program teras dalam perancangan program pelajar di dewan penginapan pelajar TNB bagi  memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa baru pembangunan siswa serta  dua orang penolong pengetua baru DPP TNB sesi 2013/2014.  

Suka saya selitkan di sini iaitu sebagai mahasiswa, setiap pelajar mestilah menganggap penganjuran program ini bukan sekadar membuang masa sebaliknya saya amat berharap agar anda semua berfikir secara positif tentang setiap program yang diadakan khususnya di DPP.  

Hadirin dan hadirat sekalian,
Selain daripada memperkenalkan ahli jawatankuasa objektif lain bagi program kita pada malam ini adalah mengeratkan silaturrahim antara pihak atasan dan para pelajar. Selain itu, pengenalan kepada ahli jawatankuasa juga akan membantu mahasiswa dalam urusan-urusan di DPP. Hal ini kerana dengan barisan jawatankuasa akan memudahkan urusan mereka serta menjadi penghubung kepada pihak atasan sekiranya ada sebarang masalah serta ingin memnganjurkan sebarang aktiviti.
Selain itu, program ini kita juga sebagai platform pihak pengetua khususnya untuk menyampaikan amanat serta memudahkan para pelajar memperolehi info-info terkini mengenai aktiviti-aktiviti berkenaan dengan pelajar. Selain itu, sebagai wadah untuk mendengar serta menerima segala pendapat permasalahan para pelajar secara bersemuka bagi bersama-sama meningkatkan prestasi serta mengekalkan keharmonian di dewan penginapan.

Hadirin hadirat sekalian,
Kita hidup di sini umpama satu keluarga dan saling melengkapi. Di sini lah kita kenal belajar mengenai kehidupan sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu, saya menyeru kepada warga DPP agar bersama-sama mengembleng tenaga, buah fikiran dan sebagainya demi menaikan nama DPP sekaligus mengaktikan diri mahasiswa sekalian dalam apa jua bidang sebagai persediaan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Sebelum mengakhiri ucapan pada malam ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kerana sudi hadir bagi menjayakan majlis kita pada malam ini. Sekali lagi saya berharap agar rakan-rakan boleh memberikan kerjasama dan komitmen kepada barisan JKPS dan bersama-sama menaikan nama DPP TNB.
Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment