Tuesday, December 25, 2012

TEKS UCAPAN PRESIDEN (AGM PERKOM)


TEKS UCAPAN PRESIDEN
Terima kasih, saudara pengerusi majlis.
Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
Yang Berbahagia,
Puan Haslina Bt Halim
Penasihat
Persatuan Komunikasi
UUM.

Yang Dihormati,
Barisan Pensyarah Komunikasi

Jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana,
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin semua kerana sudi datang dan memeriahkan majlis kita pada petang ini, iaitu majlis Annual General Meeting (AGM) yang bertujuan untuk memilih tampuk pentadbiran yang baru dalam Persatuan Komunikasi (PERKOM).
Setahun sudah berlalu, saya dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-exco Persatuan Komunikasi (PERKOM) Universiti Utara Malaysia sesi 2011/2012 memegang tampuk pentadbiran. Jika pantai ada pasang surutnya, jika malam ada silih gantinya dengan siang, jika hidup ada kematiannya dan jika kita menyukai sudah pasti ada benda yang kita membencinya dan yang terakhir sekali jika ada pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Inilah falsafah alam dan kehidupan yang perlu kita terima sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini.
Jika dulu, apabila kita dengar nama UUM, sudah pasti gambaran yang pertama yang bermain-main di fikiran kita ialah kehebatan dan kualiti graduan yang lahir dari varsity tersebut. Hari ini, percayalah semua yang memimpin PERKOM dan memegang jawatan dalam PERKOM, hari esok kalian pasti akan menjadi seorang pemimpin dikalangan masyarakat, organisasi dan negeri malah mungkin juga di peringkat Negara kelak. Ketahuilah rakan-rakan semua, PERKOM bukan sahaja medan untuk kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kursus dan bidang pengajian kita di UUM semata-mata tetapi PERKOM menyediakan untuk anda semua satu lapangan dan bentangan luas sumber ilmu tentang kehidupan dan pengurusan hidup yang pasti sukar untuk anda lupakan dalam hidup anda semua.
PERKOM telah melahirkan pemimpin dan penggerak masyarakat. Iltizam saya, apa yang saya inginkan selama setahun saya memegang tampuk pentadbiran PERKOM ialah semua MT-MT dan ahli-ahli PERKOM yang aktif memperolehi sedikit sebanyak pengalaman untuk mengurus organisasi atau program, berhubung dengan pihak-pihak luar dan yang terbaik sekali ialah menaikkan nama PERKOM buka sahaja di peringkat UUM malah mungkin satu hari nanti PERKOM UUM akan dikenali diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Inilah medan kita, medan untuk kita berpencak sebagai mahasiswa sebelum kita tamat menjadi seorang graduan dari UUM.
Tiada apa yang dapat ditinggalkan untuk adik-adik semua yang bakal mewarisi takhta kepimpinan PERKOM UUM bagi sesi 2012/2013. Apa yang pasti, hanya doa dan restu yang kami iringkan uuntuk kalian moga kepimpinan adik-adik semua jauh lebih baik dan berkualiti dari kepimpinan kami pada sesi 2011/2012.Buang yang keruh dan ambillah yang keruh dan ambillah yang jernih, sudah pasti bnayak pengajaran dan ilmu yang telah kalian lihat, terima dan perolehi dari kami sepanjang berada dalam sesi 2011/2012. Segala kekhilafan dan kesalahan serta yang kurang baik semuanya adalah prasangka yang tidak baik yang wajib dibuang jauh-jauh dalam diri kalian kepada kami selaku bakal mantan sesi 2011/2012.
Ingat, kita bukanlah orang yang memulakan dan juga bukanlah orang yang mengakhirkan perjuangan dalam PERKOM UUM ini, tetpi kita adalah mata rantai yang menyambung saki baki perjuangan yang masih tertunggak dan berbaki untuk diteruskan lagi berjuang dan berjuang sehinggan kiamat memanggil kita. Rasanya, cukuplah setakat ini sahaja ucapan saya, sudah pasti 1 tahun pengalaman memegang tampuk kepimpinan PERKOM UUM sesi 2011/2012 banyak warna-warninya dan pengalaman yang berharga yang semestinya terlalu banyak yang saya hendak ceritakan dalam ruangan yang amat terhad ini.
Pesanan akhir saya untuk kepimpinan PERKOM UUM sesi 2012/2013, rancanglah dan lakukanlah apa jua perancangan yang baik natijahnya untuk PERKOM UUM akan dating dan jangan lupa amalkan selalu perjumpaan dan mesyuarat dalam setiap kali untuk memutuskan sebarang keputusan dalam organisasi PERKOM UUM. Akhir sekali, jutaan terima kasih dan maaf diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi PERKOM bagi sesi 2011/2012 yang sentiasa berada bersama saya dalam apa jua keadaan sepanjang tahun ini. Terima kasih dan maaf juga diucapkan kepada Pn.Haslina Bt Halim kerana sudi memberikan pelbagai ilmu dan membantu kami barisan MT PERKOM sesi 2011/2012 dalam melaksanakan apa jua program. Terima Kasih kepada semua. Sekian, Wassalamualaikum. W.B.T.

TEKS EMCEE AGM (PERKOM)


Iringan Majlis

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada Negara, hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu  ”Negaraku”.

Hadirin dipersilakan duduk.

Mula majlis

Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Salutasi

Yang Berbahagia,
Puan Haslina Bt Halim
Penasihat
Persatuan Komunikasi
UUM.

Yang Dihormati,
Barisan Pensyarah Komunikasi

Saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli,
Pengerusi
Persatuan Komunikasi
UUM
Merangkap Pengarah Program pada Hari Ini.

Jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana,
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Terima kasih kami ucapkan kepada para hadirin
Kerana sudi meluangkan masa untuk turut sama menjayakan program pada hari ini.










Bacaan doa

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, dipersilakan
Saudara Zulhusni Syahmi B Zakaria
Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan..


Amin,
Amin Yarabbal al-amin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Objektif

Untuk makluman semua,
Program pada petang ini merupakan sebuah majlis Annual General Meeting (AGM). Program ini bertujuan untuk memilih tampuk pentadbiran bagi menerajui Persatuan Komunikasi (PERKOM) bagi sesi 2012/2013 dan menggantikan tampuk pentadbiran bagi sesi 2011/2012 yang bakal bergelar mantan.

Sebelum kita meneruskan acara pada petang ini, saksikan terlebih dahulu tayangan montaj ini.
Dipersilakan.

Ucapan Pengarah Program.

Sebagai pembuka bicara pada hari ini,
Majlis dengan ini menjemput saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli,
Selaku Pengerusi PERKOM merangkap pengarah program pada hari ini,
Untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengarah program atas ucapan aluan itu tadi.

Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan,
Puan Haslina Bt Halim
Penasihat
Persatuan Komunikasi
UUM
Untuk menyampaikan ucapan beliau.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn.Haslina atas ucapan itu tadi.
Sekarang, beralih pula kita ke agenda utama program pada hari ini diadakan. Untuk itu, saya mempersilakan saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli, Pengerusi Persatuan Komunikasi (PERKOM) untuk mengedalikan agenda utama kita pada hari ini.
Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Hasnan Firdaus Bin Rosli atas pengendalian pemilihan tampuk kepimpinan baru bagi meneruskan legasi kecemerlangan Persatuan Komunikasi (PERKOM) itu tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terpilih untuk menjadi Majlis Tertinggi Persatuan Komunikasi (PERKOM) bagi sesi 2012/2013. Semoga dengan terpilihnya anda untuk menjadi Majlis Tertinggi, maka PERKOM akan menjadi lebih gah pada masa akan datang. Berilah komitmen sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan anda pikul.

Ingatlah, Imam Al-Ghazali ada mengatakan, bahawa benda yang paling berat di dunia ialah amanah. Dan jawatan yang disandang juga merupakan salah satu amanah, oleh itu pikullah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Selamat maju jaya kepada barisan tampuk kepimpinan tertinggi PERKOM yang baru. Dan kepada mantan Majlis Tertinggi PERKOM, terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik sekali.


Terima kasih

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin yang bersama-sama kami untuk memeriahkan program pada hari ini.

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Saya mewakili jawatankuasa pelaksana program dengan rendah hatinya memohon ribuan kemaafan jika terdapat masalah sepanjang program ini berlangsung.

Segala yang baik itu datang daripada Allah S.w.t, dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri..

Sekian,
Wabillahitaufikwa-hidayah..
Assalamualaikum w.b.t.

Bersurai

Mengumumkan barisan VIP meninggalkan majlis.

Wednesday, December 19, 2012

TEKS EMCEE DI MANA CANTINYA WANITA


Iringan Majlis

Sebelum memulakan majlis pada hari ini,
Marilah sama-sama kita berdiri untuk mengalunkan Asma’ Ul-Husna..

Mula majlis

Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Salutasi

Yang Berusaha,
Dr. Amlus Bin Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar TNB
UUM.

Yang Dihormati,
Al-Fadhil Ust.Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman.
Selaku penceramah kita pada hari ini.

Saudara Badrul Hisham,
Selaku Exco Kerohanian Dan Sahsiah
DPP TNB

Saudari Siti Nur Afdhalilah Bt Yusuf,
Selaku Pengarah program,

Jawatankuasa-jawatankuasa perlaksana,
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Terima kasih kami ucapkan kepada hadirin
Kerana sudi meluang masa untuk turut hadir pada petang ini
Bagi bersama-sama mengimarahkan lagi majlis kita pada hari ini yang bertajuk
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita.









Bacaan doa

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, dipersilakan
Saudara ………………………………
Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan..


Amin2 Yarabbal al-amin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Objektif

Untuk makluman semua,
Program pada petang ini merupakan sebuah majlis ilmu yang begitu bermakna buat kita semua,
Iaitu sebuah seminar kesedaran wanita anjuran
Exco Kerohanian dan Sahsiah DPP TNB.

Ucapanpengetua

Dengan ini, majlis sukacitanya menjemput
Tn.Pengetua DPP TNB,
Dr.Amlus Bin Ibrahim
Untuk menyampaikan ucapan..

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Dr.Amlus Bin Ibrahim atas ucapan itu tadi..

Latar belakang penceramah

Pepatah Melayu ada berkata, tak kenal maka tak cinta. Untuk itu, marilah kita sama-sama mengenali serba sedikit latar belakang penceramah kita pada hari ini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ceramah

Tanpa membuang masa lagi.
Dengan ini, majlis menjemput penceramah kita pada petang ini
Al-Fadhil Ust Muhammad Hafiz Bin Badrulzaman untuk menyampaikan ceramah beliau..
Majlis mempersilakan.



Terima kasih diucapkan kepada
Al-fadhil Ustaz atas ceramah yang begitu bermakna sebentar tadi.

Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Semoga Segala ilmu dan pesanan yang disampaikan sebentar tadi dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian kita,
Insya’Allah..

Penyampaian cenderamata

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah kita pada hari ini, dijemput.

Dr. Amlus Bin Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar TNB

Diiringi,
Saudari pengarah program

Untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita pada hari ini..
Dengan ini,

Dijemput,
Yang Dihormati,
Al-Fadhil Ust.Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman.
Selaku penceramah kita pada hari ini.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Dr.AMlus Bin Ibrahim atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini .

Terima kasih

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin yang bersama-sama kami pada hari ini untuk mengimarahkan program ceramah yang penuh dengan ilmu dan kesedaran.

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Saya mewakili jawatankuasa pelaksana program dengan rendah hatinya memohon ribuan kemaafan jika terdapat masalah sepanjang program ini berlangsung.

Segala yang baik itu datang daripada Allah S.w.t, dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri..

Wabillahitaufikwa-hidayah..
Assalamualaikum w.b.t.

Bersurai

Dijemput saudari pengarah program untuk mengiringi
Yang Berusaha Tn.Pengetua dan al-Fadhilustaz untuk meninggalkan majlis..

Tuesday, December 18, 2012

TEKS EMCEE DINNER SUMMER CAMP


TEKS PENGACARAAN MAJLIS SUMMER CAMP TNB 2012

Pengumuman 1: ketibaan (paluan kompang sehingga VVIP duduk di tempat masing-masing)

Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia,
Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid,
Ketua Hal Ehwal Komuniti,
Jabatan Komunikasi Korporat,
Tenaga Nasional Berhad.

Pengumuman 2: nyanyian lagu negaraku

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada Negara, hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu  ”Negaraku”.

Hadirin dipersilakan duduk.

Pengumuman 3: salutasi

Bismillahirrahmanirrahim,

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid,
Ketua Hal Ehwal Komuniti,
Jabatan Komunikasi Korporat,
Tenaga Nasional Berhad.
Yang Berusaha,
Dr. Amlus Bin Ibrahim                
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar TNB
Universiti Utara Malaysia.

Yang Berusaha,
Encik Zulkifli bin Abdullah,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah

Puan Lim Geik Yan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol, Kedah

En. Jamaludin Bin Jusoh,
Penolong Kanan Satu Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Perlis.

Saudari Nesia Perrisa,
Timbalan Presiden 2,
Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan siswa,
Dewan Penginapan Pelajar TNB.

En. Nik Baidzani Haddad bin Ibrahim,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar TNB,
Universiti Utara Malaysia.

En. Mohd Azlan Bin Mohamad Nasrun,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar TNB,
Universiti Utara Malaysia.

Saudari Noor Sharina Othman,
Pengarah Program Summer Camp “Beyond Succes”,



Ahli-ahli Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa,
Dewan Penginapan Pelajar TNB,
Universiti Utara Malaysia.

Pegawai-Pegawai TNB, staf-staf DPP TNB, guru-guru pengiring,
Ahli-ahli jawatankuasa Summer Camp Beyond Succes,
Serta,
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia diucapkan.

SELAMAT DATANG KE SUMMER CAMP BEYOND SUCCESS 2012

Pengumuman 4: Bacaan doa

Bagi memberkati majlis pada hari ini,
Dipersilakan ,
Saudara Khairul Amri Bin Abdul Mutalib,
Untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan,
Atas bacaan doa sebentar tadi.











Pengumuman 5: objektif program

Sebelum meneruskan acara pada malam ini, ingin kami kongsikan serba sedikit tentang latar belakang program kita yang diadakan bermula 4 Mei sehingga 6 Mei 2012 ini.

Program Summer Camp 2012 diadakan bertujuan untuk membina jati diri pelajar, serta meningkatkan lagi Kemahiran para pelajar tentang teknik-teknik menjawab subjek, disamping itu juga bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar dan membentuk pelajar  yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan sahsiah.

Pengumunan 7 : ucapan presiden (aluan)

Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput,
Saudari Nesia Perrisa
Timbalan Presiden 2,
Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Pelajar,
DPP TNB,
Untuk memberikan ucapan aluan,
Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan atas ucapan aluan itu tadi

Pengumuman 8 : ucapan wakil pelajar

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Adik Muammar Muhammad Rosli,
Wakil murid bagi Program ‘Beyond Success’ untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.



Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.


Pengumuman 9 : ucapan wakil Guru Besar

Majlis seterusnya menjemput Encik Zulkifli Abdullah,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang,
Mewakili Guru-guru besar sekolah untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Pengumuman 10 : ucapan Pengetua

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
Dr. Amlus Bin Ibrahim,   
Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar TNB,
Untuk menyampaikan sepatah dua kata,
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

Pengumuman 11 : ucapan Wakil TNB

Seterusnya,
Majlis dengan sukacitanya,
Menjemput dan mempersilakan,
Yang Berbahagia,
Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid,
Ketua Hal Ehwal Komuniti,
Jabatan Komunikasi Korporat TNB.

Untuk menyampaikan ucapan beliau, seterusnya merasmikan majlis penutupan Summer Camp Beyond Success 2012.
Dengan segala hormatnya,
Dipersilakan.

Gimmick Perasmian

Majlis menjemput Tuan Haji Ahmad Zaki Rasid untuk menyempurnakan acara simbolik pelancaran. Dijemput juga dif-dif kehormat untuk turut serta dalam acara tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid atas ucapan serta perasmian penutupan itu tadi.


Persembahan/tayangan Multimedia

Majlis beralih pula ke agenda seterusnya.

Para hadirin sekalian akan disajikan dengan video klip sepanjang perjalanan program Summer Camp ini berlangsung.
Tayangan multimedia ini memaparkan peristiwa dan acara sepanjang program ini dijalankan dari fasa yang pertama iaitu pada 26 April hingga 28 April 2012 dan fasa yang kedua pada 3 Mei hingga 5 mei 2012.
Sama-sama kita saksikan tayangan multimedia ini.

Diharapkan para hadirin sekalian terhibur dengan tayangan sebentar tadi.

Pengumuman penyampaian sijil penyertaan 

Hadirin sekalian,
Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Dr. Amlus Bin Ibrahim untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program.



Dijemput:
1.     Adik Mohd Zufiqri Bin Abu Bakar wakil murid Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang
2.     Adik Mohammad Fadhlan Amzar wakil murid Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol
3.     Adik Abdul Latif B1n Sabri wakil murid Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

Terima kasih diucapkan atas penyampaian itu tadi.

(Dr Amlus kekal di atas pentas)
Pengumuman penyampaian cenderahati

Seterusnya sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah, majlis dengan ini menjemput aguru besar sekolah untuk menerima cenderahati,
Dipersilakan.

1.     Yang Berbahagia Encik Zulkifli Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang
2.     Yang Berbahagia Puan Lim Geik Yan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol
3.     Yang Berbahagia Encik Jamaludin Jusoh, Penolong Kanan Satu Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

Seterusnya sebagai tanda penghargaan daripada DPP TNB,UUM, sebagai tanda daripada dipersilakan Dr.Amlus Bin Ibrahim untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian cenderamata itu tadi.







(Pengumuman majlis bersurai)

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir khasnya kepada para peserta dan tak lupa juga kepada guru-guru pengiring yang setia menanti sehingga kini.

Sebelum para hadirin semua menjamu selera, satu sesi bergambar bersama Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid akan diadakan. Untuk itu, mohon semua fasilitator menjalankan tugas masing-masing dan memastikan para pelajar telah bersedia di hadapan pentas.

1. Dimulakan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang,
2. Seterusnya, Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol,
3. Dan Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid kerana untuk menyertai sesi bergambar itu tadi.

Dengan tamatnya sesi bergambar bersama Yang Berbahagia sebentar tadi. Maka, tamat sudahlah aturcara majlis pada malam ini.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Untuk itu, para hadirin sekalian dipersilakan menjamu selera.

Sekian,wabillahitaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh............