Sunday, March 31, 2013

MARI KENALI JENIS MAJLIS


MARI KENALI JENIS MAJLIS
1) Majlis penuh istiadat
v  Istiadat pertabalan
v  Istiadat penganugerahan
v  Majlis konvokesyen
v  Konsert diraja

2) Majlis rasmi dan formal

v  Majlis perasmian :-
Ø  Pameran
Ø  Seminar
Ø  Majlis pelancaran

3) Majlis rasmi tidak formal

v  Hari terbuka kolej
v  Hari lahir

4) Majlis tidak rasmi tetapi formal

v  Ceramah
v  Konsert
v  Pertandingan

5) Majlis tidak rasmi dan tidak formal (Santai)

v  Hari sukaneka
v  Hari keluarga

6) Majlis hiburan

v  Konsert

Saturday, March 30, 2013

~ OFF TOPIC ~


SAJAK


Tangisan Bumi Palestin 
Karya Norzila Binti Rosli
                  
Bumi Palestin…
Kini kau menangis lagi
Mengenang rakyatmu yang penuh derita
Mengapa ini semua terjadi?
Mengapa harus kejam begini?
Hujan peluru mencurah-curah di bumimu
Tiada lagi tempat berlindung

Kejam! Kejam!
Keganasan rejim Zionis semakin menjadi-jadi
Kenapa tidak ada sifat perikemanusiaan?
Lascar agung begitu ramai
Tidak bisa ditangani
Penduduk Palestin melarikan diri umpama unggas
Yang bakal menjadi mangsa si pemburu kejam
Ketawa riang dari Barat kedengaran sehingga ke Palestin
Bersorak gembira melihat mangsa sudah terkena jerat
Tanpa belas kasihan mereka terus berpesta
Mengapa kejam sekali perbuatan mereka?

Darah merah pekat mengalir umpama banjir 
Membasahi seluruh bumi Palestin
Kedengaran tangisan di sana sini
Tangisan anak-anak kecil memanggil ibu dan ayahnya
Tangisan si isteri memanggil suami dan anak-anaknya
Tangisan hiba menjadikan bumi Palestin semakin suram
Derita dihati semakin parah dan semakin berdarah
Jeritan pejuang keamanan tidak dihiraukan


Palestin oh Palestin
Hancur sudah sebuah negara Islam 
Nasibmu sama seperti bumi Lubnan, Iraq dan Afghanistan
Dan negara Islam yang lain
Menjadi mangsa rejim Zionis yang durjana

Duhai dunia…
Bukalah matamu seluas-luasnya
Simpatilah pada nasib manusia sepertimu
Yang tidak berdosa
Yang menjadi korban rejim Zionis durjana
Berilah bantuan dan semangat untuk terus bertahan

Ya Robbul-Izzati…
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyayang
Lindungilah hamba-hambaMu yang tidak berdosa
Engkau hancurkanlah musuh-musuh Islam
Yang telah memusnahkan bumi Palestin
Amin…

Thursday, March 14, 2013

ETIKA PENGACARA MAJLIS (EMCEE)

1 - Bersedia dengan mental dan fizikal

2 - Menjalani raptai majlis

3 - Datang awal 1 jam sebelum majlis

4 - Membuat ujian suara

5 - Memakai pakaian yang sesuai

6 - Beri tumpuan sepanjang majlis

7 - Menerima arahan dari Pegawai Protokol

8 - Jangan meninggalkan majlis sebelum majlis berakhir

TEKS UCAPAN PRESIDEN JKPS - ROADSHOW JKPS DPP TNB 2013


TEKS UCAPAN PRESIDEN JKPS DPP TNB

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berbahagia
Dr.Amlus B Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Yang Dihormati
En.Nik Baidzani Haddad Bin Ibrahim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

En.Mohd Fitri Bin Yusof
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Mazyana Bt Hashim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Nur Haryani Bt Arsyad
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional



Saudari
Marina bt Mohamad Yusop
Pengarah
Program Roadshow

Barisan JKPS dan R.A, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat kita bersama-sama pada malam ini dalam majlis Roadshow JKPS DPP TNB. Saya mewakili barisan JKPS  ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada para hadirin kerana sudi hadir dalam program pada malam ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan tetamu khususnya Pengetua Dewan Penginapan Pelajar TNB, Dr.Amlus bin Ibrahim serta felo-felo yang sudi melapangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sesungguhnya, kehadiran anda semua amat besar ertinya dan kami menyanjung tinggi komitmen rakan-rakan yang sentiasa menyokong apa-apa jua program yang dianjurkan oleh DPP.



Sekalung  tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan buat ahli jawatankuasa  yang terlibat dalam program ini baik secara langsung mahupun tidak langsung sekaligus memastikan kelancaran program pada malam ini.

Hadirin dan Hadirat sekalian,
Program pada malam ini lebih sinonim dengan perkataan ‘roadshow’ ini merupakan program teras dalam perancangan program pelajar di dewan penginapan pelajar TNB bagi  memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa baru pembangunan siswa serta  dua orang penolong pengetua baru DPP TNB sesi 2013/2014.  

Suka saya selitkan di sini iaitu sebagai mahasiswa, setiap pelajar mestilah menganggap penganjuran program ini bukan sekadar membuang masa sebaliknya saya amat berharap agar anda semua berfikir secara positif tentang setiap program yang diadakan khususnya di DPP.  

Hadirin dan hadirat sekalian,
Selain daripada memperkenalkan ahli jawatankuasa objektif lain bagi program kita pada malam ini adalah mengeratkan silaturrahim antara pihak atasan dan para pelajar. Selain itu, pengenalan kepada ahli jawatankuasa juga akan membantu mahasiswa dalam urusan-urusan di DPP. Hal ini kerana dengan barisan jawatankuasa akan memudahkan urusan mereka serta menjadi penghubung kepada pihak atasan sekiranya ada sebarang masalah serta ingin memnganjurkan sebarang aktiviti.
Selain itu, program ini kita juga sebagai platform pihak pengetua khususnya untuk menyampaikan amanat serta memudahkan para pelajar memperolehi info-info terkini mengenai aktiviti-aktiviti berkenaan dengan pelajar. Selain itu, sebagai wadah untuk mendengar serta menerima segala pendapat permasalahan para pelajar secara bersemuka bagi bersama-sama meningkatkan prestasi serta mengekalkan keharmonian di dewan penginapan.

Hadirin hadirat sekalian,
Kita hidup di sini umpama satu keluarga dan saling melengkapi. Di sini lah kita kenal belajar mengenai kehidupan sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu, saya menyeru kepada warga DPP agar bersama-sama mengembleng tenaga, buah fikiran dan sebagainya demi menaikan nama DPP sekaligus mengaktikan diri mahasiswa sekalian dalam apa jua bidang sebagai persediaan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Sebelum mengakhiri ucapan pada malam ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kerana sudi hadir bagi menjayakan majlis kita pada malam ini. Sekali lagi saya berharap agar rakan-rakan boleh memberikan kerjasama dan komitmen kepada barisan JKPS dan bersama-sama menaikan nama DPP TNB.
Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN PENGETUA - ROADSHOW JKPS DPP TNB 2013

TEKS UCAPAN PENGETUA

Yang Dihormati
En.Nik Baidzani Haddad Bin Ibrahim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

En.Mohd Fitri Bin Yusof
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Mazyana Bt Hashim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Nur Haryani Bt Arsyad
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional


Saudara
Muhammad Hasif Aizat B Azmi
Presiden
Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional
Saudari
Marina bt Mohamad Yusop
Pengarah
Program Roadshow

Barisan JKPS dan R.A, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan kurnia-NYA, kita dapat berkumpul bersama dalam di Dewan Terbuka DPP TNB pada malam ini bagi turut serta dalam program Roadshow.  Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudari pengarah program kerana berjaya menganjurkan program pada malam ini. Tidak dilupakan juga kepada warga DPP TNB yang  turut serta hadir dan memeriahkan lagi program pada malam ini.

Seperti kita sedia maklum, program Roadshow atau sesi memperkenalkan barisan JKPS baru ini merupakan salah satu program wajib DPP TNB bagi setiap tahun apabila berlakunya peralihan tampuk kepimpinan lama kepada yang baru dalam barisan kepimpinan JKPS. Seperti yang diberitahu oleh saudara Presiden JKPS sebentar tadi, program pada malam ini bukan sahaja untuk memperkenalkan barisan JKPS baru malah untuk memperkenalkan juga 2 orang felo baru iaitu En. Mohd Fitri Bin Yusof dan Cik Nur Haryani Bt Arsyad.

Barisan JKPS  ini merupakan medan perhubungan antara para pelajar di DPP untuk berhubung dengan pihak atasan. JKPS ini akan membantu kedua-dua belah pihak dalam setiap perkara yang berkaitan dengan DPP terutamanya. Oleh itu, saya berharap para pelajar akan memberikan kerjasama yang baik kepada semua barisan JKPS ini dalam setiap perkara yang dilakukan.


Barisan JKPS ini juga bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap program di DPP. Saya berharap agar semua pelajar di DPP TNB akan mengambil bahagian dalam semua program yang di anjurkan oleh DPP dan tidak akan mengelakkan diri daripada turut serta dalam setiap program yang dianjurkan. Ini kerana program-program yang dianjurkan ini memberikan pelbagai faedah yang baik yang mahasiswa semua tidak akan perolehi dalam bilik kuliah. Saya galakkan agar semua warga DPP TNB berebut untuk menjadi AJK dalam setiap program yang dianjurkan kerana banyak faedah yang akan diperolehi.

Pada tahun lepas, pelbagai program yang menarik telah dianjurkan di banyak tempat dan peringkat oleh barisan JKPS lama. Pada tahun ini pula, barisan JKPS baru telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini yang sangat menarik dengan pelbagai kategori program dan peringkat. Yang terdekat ialah program Sukan Tenaga Nasional atau pun lebih dikenali dengan SUKTEN. Jadi, saya harap semua warga DPP TNB akan turut serta dalam program ini dan memeriahkannya. Saya harap, semua sekali akan memberikan kerjasama kepada barisan kepimpinan JKPS yang baru dalam menjalankan tugas dan sama-sama berganding bahu dalam menaikkan nama DPP TNB di peringkat Universiti.

Akhir sekali, saya berharap agar tampuk kepimpinan JKPS yang baru dapat memberikan komitmen sebaik mungkin dalam menjalankan tugas dan melakukan setiap perkara dengan ikhlas.
Sekian, terima kasih.




TEKS EMCEE - ROADSHOW JKPS DPP TNB 2013


Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia
Dr.Amlus B Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Hadirin, mohon berdiri

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme kepada Negara, hadirin dimohon untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin dipersilakan duduk.
Yang Berbahagia
Dr.Amlus B Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Yang Dihormati
En.Nik Baidzani Haddad Bin Ibrahim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

En.Mohd Fitri Bin Yusof
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Mazyana Bt Hashim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Nur Haryani Bt Arsyad
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional


Saudara
Muhammad Hasif Aizat B Azmi
Presiden
Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional
Saudari
Marina bt Mohamad Yusop
Pengarah
Program Roadshow

Barisan JKPS dan R.A, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS ROADSHOW JKPS DPP TNB 2013

Terlebih dahulu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis pada malam ini.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, dipersilakan
Muhammad Hanif Bin Mohd Soleh
Bagi mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Hanif Bin Mohd Soleh atas bacaan doa itu tadi.

Untuk pengetahuan hadirin semua, majlis pada malam ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan barisan Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa serta Residential Assistant Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional bagi sesi 2013/2014 yang menggantikan tampuk kepimpinan yang lalu. Baiklah, sebagai pembuka tirai majlis pada malam ini, hadirin semua akan dipertontonkan dengan montaj aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh barisan JKPS lalu sepanjang tahun 2012.
Dipersilakan.



Semoga hadirin terhibur dengan montaj aktiviti-aktiviti yang telah DPP TNB jalankan sepanjang tahun lalu itu tadi.

Sebagai pembuka tirai ucapan pada malam ini, dipersilakan

Saudara
Muhammad Hasif Aizat B Azmi
Presiden
Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Hasif Aizat B Azmi atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan pula

Yang Berbahagia
Dr.Amlus B Ibrahim
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada  Dr.Amlus B Ibrahim atas ucapan beliau itu tadi.

Sekarang tibalah kita ke acara kemuncak pada malam ini, iaitu sesi memperkenalkan barisan Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa serta Residential Assistant Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional bagi sesi 2013/2014. Untuk itu, para hadirin akan dipertontonkan dengan montaj yang akan memperkenalkan barisan JKPS dan R.A DPP TNB yang baru.
Dipersilakan.



Semoga dengan sesi memperkenalkan barisan JKPS dan R.A DPP TNB yang baru itu tadi, semua warga DPP TNB akan lebih mengenali barisan kepimpinan DPP TNB dan akan memberikan kerjasama dalam setiap perkara yang dijalankan oleh barisan kepimpinan ini. Seterusnya, majlis pada malam ini beralih pula ke sesi dialog antara barisan JKPS dan warga DPP TNB. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput

Saudara
Muhammad Hasif Aizat B Azmi
Presiden
Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Untuk mengendalikan sesi dialog ini.
Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Hasif Aizat B Azmi atas kesudian mengendalikan sesi dialog sebentar tadi. Semoga sesi itu tadi dapat merungkai dan menjawab semua persoalan yang bermain di minda warga DPP TNB sekalian.

Dengan berakhirnya sesi dialog bersama presiden JKPS DPP TNB itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.

Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Saya mewakili seluruh jawatankuasa pelaksana program dengan rendah hatinya memohon ribuan kemaafan jika terdapat masalah sepanjang program ini berlangsung.

Segala yang baik itu datang daripada Allah S.W.T, dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri..

Sekian,
Wabillahitaufikwa-hidayah..
Assalamualaikum w.b.t.

Mengumumkan barisan VIP meninggalkan majlis.