Monday, January 7, 2013

TEKS EMCEE DINNER ADHOC ANAK KELANTAN UUM 2012


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Di sini ada beberapa pengumuman penting agar majlis kita pada mala mini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan:
1-Sila pastikan telefon bimbit para hadirin sekalian berada dalam keadaan mode senyap sepanjang majlis ini berlangsung.
2-Hadirin sekalian dimohon untuk berdiri apabila ketibaan tetamu VIP diumumkan.
3-Apabila tetamu VIP meninggalkan majlis, hadirin dimohon untuk tidak meninggalkan majlis kerana kita akan beralih ke agenda seterusnya.
BACK STAGE
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia
Datuk Makhtar Mustapha
Pengarah                  
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotism kepada Negara, hadirin dimohon untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Biru Warna.


Terimalah Pengacara Anda, Mohd Nazif dan Nur Hidayah > EMCEE TAK FORMAL

Yang Berbahagia
Datuk Makhtar Mustapha
Pengarah                  
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Yang Dihormati,
Profesor Madya Dr. Abdul Malek B. Hj. Abdul Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

Dr.Ariff Hakimi B Zulkifli
Naib Presiden
Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK)
                           
En.Mohd Zulkifli B Mohd Noor
Penyelaras
Sekretariat 1 Malaysia Anak Negeri Kelantan
Universiti Utara Malaysia
En.Abdul Halim B. Ibrahim
Presiden
Himpunan Anak Kelantan Sungai Petani

En. Abdullah Sanie B Adnan,
Penolong Pengarah
Biro Tata Negara Negeri Kedah
                              
En. Nik Zulkamal B Nik Hassan
Penasihat
Sekretariat 1 Malaysia Anak Negeri Kelantan
Universiti Utara Malaysia

Muhammad Amin B Hj. Ahmad
Presiden
Sekretariat 1 Malaysia
ADHOC Anak Negeri Kelantan
Universiti Utara Malaysia

Alumni Sekretariat 1 Malaysia Anak Negeri Kelantan
Universiti Utara Malaysia

Pensyarah-pensyarah, Jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana program serta mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia sekalian

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS MAKAN MALAM ANAK KELANTAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2012.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, kita dapat berkumpul di dewan ini bagi menjayakan Majlis Konvensyen Anak Negeri Kelantan peringkat utara bagi tahun 2012. Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada malam ini, Yang Berbahagia Datuk Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan kerana sudi hadir dalam majlis Konvensyen Anak Kelantan Peringkat Utara pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi untuk turut serta dalam majlis pada malam ini. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, majlis pada malam ini akan diserikan lagi dengan beberapa persembahan istimewa kebudayaan negeri Kelantan. Bagi memulakan majlis pada mala mini, marilah kita sama-sama mendengar bacaan ayat suci Al-Quran yang akan dialunkan oleh saudara Muhammad Zulhusni Syahmi Bin Zakaria bermula ayat 1-12, surah Al-Mukminun, majlis mempersilakan.
Falyataffdhal Mashkuro.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Zulhusni Syahmi Bin Zakaria atas bacaan ayat suci al-Quran sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah, majlis kita jika tiada yang berbicara.

Sebagai pembuka bicara pada malam ini, majlis mempersilakan saudara

Muhammad Amin B Hj. Ahmad
Presiden
Sekretariat 1 Malaysia
ADHOC Anak Negeri Kelantan
Universiti Utara Malaysia

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Amin B Hj. Ahmad atas ucapa alu-a;uan itu tadi.

Seterusnya majlis beralih pula dengan menjemput

En. Abdullah Sanie B Adnan,
Penolong Pengarah
Biro Tata Negara Negeri Kedah

Untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.







Terima kasih diucapkan kepada En. Abdullah Sanie B Adnan, atas kesudian beliau menyampaikan ucapan itu tadi.

Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan ucapan

 Dr.Ariff Hakimi B Zulkifli
Naib Presiden
Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK)

Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Naib Presiden HIMSAK, atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Sekarang, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

Yang Dihormati,
Profesor Madya Dr. Abdul Malek B. Hj. Abdul Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

Untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Abdul Malek B. Hj. Abdul Karim atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Bertongkat adat “Yang Datang Disambut, Yang Pergi Diiringi”. Kini tibalah kita ke agenda utama pada malam ini. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia
Datuk Makhtar Mustapha
Pengarah                  
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Konvensyen Anak Negeri Kelantan peringkat Utara bagi tahun 2012. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Makhtar Mustapha atas ucapan serta perasmian Majlis Konvensyen Anak Negeri Kelantan Peringkat Utara bagi tahun 2012 itu tadi.

Sebelum kita menjamu selera, dijemput saudara Amirul Fazli untuk mengetuai bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Amirul Fazli atas bacaan doa sebentar tadi.

Di sampan para tetamu menjamu selera, anda akan dihiburkan dengan beberapa persembahan khas.

Seterusnya, kami menyerahkan tugas untuk mengendalikan majlis pada malam ini kepada saudara Ahmad Fakrudin dan saudari Ain.
Dipersilakan.


EMCEE TAK FORMAL





Penyampaian Cenderahati

Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Fakrudin dan saudari Ain. Begitu meriah sekali majlis kita pada malam ini dengan telatah dua orang pengerusi majlis yang cukup petah bercakap tanpa henti itu tadi.

Baiklah, majlis pada malam ini telah pun sampai ke acara kemuncaknya, dan acara ini sudah pastinya telah ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa mahasiswi yang hadir pada mala mini, iaitu penobatan Teruna Idaman dan Gadis Idaman Majlis Makan Malam Anak Kelantan Universiti Utara Malaysia 2012.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis mempersilakan,

Saudara,
Muhammad Najmi Bin Ab.Aziz
Pengarah
Majlis Makan Malam Anak Kelantan
Universiti Utara Malaysia

Bagi menjemput dan mengiringi


Yang Berbahagia
Datuk Makhtar Mustapha
Pengarah                  
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Untuk naik ke pentas pentas bagi meneruskan dan melancarkan lagi majlis kita pada malam ini.
Majlis mempersilakan.

Siapakan yang bakal bergelar Teruna Idaman dan Gadis Idaman pada mala mini?

Teruna Idaman pada malam ini….akan dinobatkan kepada saudara……
……………………………………………………………………..

Dipersilakan saudara ………………………………………………………………….. untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati.





Tak lengkap jika ada Raja tiada Ratunya…

Siapakah pula yang akan dinobatkan sebagai Gadis Idaman pada malam ini…?

Gadis Idaman pada malam ini akan dinobatkan kepada saudari…
……………………………………………………………………………

Dipersilakan saudari ……………………………………………………………………. untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati.

Tahniah diucapkan kepada Teruna Idaman dan Gadis Idaman kita pada malam ini.

Mohon Yang Berbahagia Datuk Makhtar Mustapha untuk terus berada di pentas bagi meneruskan acara pada malam ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu VIP yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada malam ini. Majlis dengan ini mempersilakan

En.Abdul Halim B. Ibrahim
Presiden
Himpunan Anak Kelantan Sungai Petani

Untuk menerima cenderahati, dipersilakan.

Seterusnya, majlis menjemput pula

En. Abdullah Sanie B Adnan,
Penolong Pengarah
Biro Tata Negara Negeri Kedah

Seterusnya,

Dr.Ariff Hakimi B Zulkifli
Naib Presiden
Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK)

Majlis mempersilakan pula,

Profesor Madya Dr. Abdul Malek B. Hj. Abdul Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Utara Malaysia


Seterusnya sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Makhtar Mustapha atas kesudian beliau menyerikan lagi majlis kita pada malam ini. Dipersilakan saudara Muhammad Najmi Bin Ab.Aziz, Pengarah program pada mala mini untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Makhtar atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati kepada barisan VIP itu tadi.

Diharap hadirin dan hadirat semua turut terhibur dengan pelbagai persembahan yang telah ditampilkan pada malam ini. Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis makan malam kita pada malam ini.

Dari keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Kami mewakili seluruh jawatankuasa pelaksana program pada malam ini, memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan masalah sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih juga diucapkan kepada para hadirin kerana sudi untuk memeriahkan lagi majlis pada malam ini.

Sekian, terima kasih.

Mengumumkan, barisan Vip meninggalkan majlis.

Hadirin sekalian dimohon untuk tidak meninggalkan majlis kerana kita akan beralih ke agenda seterusnya.

Wednesday, January 2, 2013

KOLEKSI PANTUN


KOLEKSI PANTUN MAJLIS


PANTUN PEMBUKA ACARA



Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.


PANTUN BACAAN DOA



Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.


PANTUN JEMPUT MAKAN



Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.


PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN



Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.


PANTUN JEMPUTAN UCAPAN


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.


PANTUN UCAPAN PERASMIAN



Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.


PANTUN DI AKHIR MAJLIS


Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.


PANTUN BUAT WARGA EMAS


Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.