Thursday, March 14, 2013

TEKS UCAPAN PENGETUA - ROADSHOW JKPS DPP TNB 2013

TEKS UCAPAN PENGETUA

Yang Dihormati
En.Nik Baidzani Haddad Bin Ibrahim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

En.Mohd Fitri Bin Yusof
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Mazyana Bt Hashim
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional

Cik Nur Haryani Bt Arsyad
Penolong Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional


Saudara
Muhammad Hasif Aizat B Azmi
Presiden
Jawatankuasa Kepemimpinan & Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar
Tenaga Nasional
Saudari
Marina bt Mohamad Yusop
Pengarah
Program Roadshow

Barisan JKPS dan R.A, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan kurnia-NYA, kita dapat berkumpul bersama dalam di Dewan Terbuka DPP TNB pada malam ini bagi turut serta dalam program Roadshow.  Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudari pengarah program kerana berjaya menganjurkan program pada malam ini. Tidak dilupakan juga kepada warga DPP TNB yang  turut serta hadir dan memeriahkan lagi program pada malam ini.

Seperti kita sedia maklum, program Roadshow atau sesi memperkenalkan barisan JKPS baru ini merupakan salah satu program wajib DPP TNB bagi setiap tahun apabila berlakunya peralihan tampuk kepimpinan lama kepada yang baru dalam barisan kepimpinan JKPS. Seperti yang diberitahu oleh saudara Presiden JKPS sebentar tadi, program pada malam ini bukan sahaja untuk memperkenalkan barisan JKPS baru malah untuk memperkenalkan juga 2 orang felo baru iaitu En. Mohd Fitri Bin Yusof dan Cik Nur Haryani Bt Arsyad.

Barisan JKPS  ini merupakan medan perhubungan antara para pelajar di DPP untuk berhubung dengan pihak atasan. JKPS ini akan membantu kedua-dua belah pihak dalam setiap perkara yang berkaitan dengan DPP terutamanya. Oleh itu, saya berharap para pelajar akan memberikan kerjasama yang baik kepada semua barisan JKPS ini dalam setiap perkara yang dilakukan.


Barisan JKPS ini juga bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap program di DPP. Saya berharap agar semua pelajar di DPP TNB akan mengambil bahagian dalam semua program yang di anjurkan oleh DPP dan tidak akan mengelakkan diri daripada turut serta dalam setiap program yang dianjurkan. Ini kerana program-program yang dianjurkan ini memberikan pelbagai faedah yang baik yang mahasiswa semua tidak akan perolehi dalam bilik kuliah. Saya galakkan agar semua warga DPP TNB berebut untuk menjadi AJK dalam setiap program yang dianjurkan kerana banyak faedah yang akan diperolehi.

Pada tahun lepas, pelbagai program yang menarik telah dianjurkan di banyak tempat dan peringkat oleh barisan JKPS lama. Pada tahun ini pula, barisan JKPS baru telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini yang sangat menarik dengan pelbagai kategori program dan peringkat. Yang terdekat ialah program Sukan Tenaga Nasional atau pun lebih dikenali dengan SUKTEN. Jadi, saya harap semua warga DPP TNB akan turut serta dalam program ini dan memeriahkannya. Saya harap, semua sekali akan memberikan kerjasama kepada barisan kepimpinan JKPS yang baru dalam menjalankan tugas dan sama-sama berganding bahu dalam menaikkan nama DPP TNB di peringkat Universiti.

Akhir sekali, saya berharap agar tampuk kepimpinan JKPS yang baru dapat memberikan komitmen sebaik mungkin dalam menjalankan tugas dan melakukan setiap perkara dengan ikhlas.
Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment