Monday, December 17, 2012

TEKS EMCEE MAJLIS PERASMIAN, BAKSIS POLIS MARIN, LANGKAWI


TEKS EMCEE (PERASMIAN)

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada Negara, hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu  ”Negaraku”.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim,

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan Marin
Wilayah 1 Langkawi

Yang Berusaha,
Tuan Mohd Puzi Bin Din,
Penyelaras Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’.

Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

Saudari,
Nordiana Tajuddin,
Pengarah Program Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’.
Ahli-ahli jawatan kuasa pelaksana program,
Para Keluarga Angkat,
Rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi UUM,
Seterusnya Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia diucapkan.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA “SENANDUNG BUDI, SULAMAN KASIH” 2012.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada hari ini,
Dipersilakan ,
Saudara,
.................................................,
Untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan,
Atas bacaan doa sebentar tadi.

Sebelum meneruskan acara pada hari ini, ingin kami kongsikan serba sedikit tentang latar belakang program kita yang diadakan bermula 2 Julai sehingga 5 Julai 2012 ini.




Program Bakti Siswa Perdana di Kem Polis Marin Wilayah 1 Langkawi yang bertemakan “Senandung Budi, Sulaman Kasih” 2012 ini diadakan bertujuan untuk mahasiswa mahasiswi menjalinkan hubungan silaturrahim dengan warga Polis Marin Wilayah 1 Langkawi khasnya dan memberi peluang kepada kami untuk mengenali dan berinteraksi dengan penduduk yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia sama ada muda atau tua. Keadaan ini akan mencapai matlamat UUM bagi membentuk mahasiswa-mahasiswi yang lebih matang, terbuka dan dinamik.

Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput,
Saudari Nordiana Tajudin,
Pengarah Program Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’
Untuk memberikan ucapan aluan,
Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan atas ucapan aluan itu tadi

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

Untuk memberikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.




Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Seterusnya,
Majlis dengan sukacitanya,
Menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan Marin
Wilayah 1 Langkawi

Untuk menyampaikan ucapan beliau, seterusnya merasmikan
Program Bakti Siswa Perdana Polis Marin Wilayah 1 Langkawi 2012.
Dengan segala hormatnya,
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid atas ucapan serta perasmian itu tadi.


Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian,wabillahitaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh............

TEKS EMCEE MAJLIS PENUTUP, BAKSIS POLIS MARIN, LANGKAWI


TEKS EMCEE (PENUTUP)

Bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada Negara, hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu  ”Negaraku”.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim,

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan Marin
Wilayah 1 Langkawi

Yang Berusaha,
Tuan Mohd Puzi Bin Din,
Penyelaras Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’.

Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

Saudari,
Nordiana Tajuddin,
Pengarah Program Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’.
Ahli-ahli jawatan kuasa pelaksana program,
Para Keluarga Angkat,
Rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi UUM,
Seterusnya Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia diucapkan.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN  PENUTUP BAKTI SISWA PERDANA “SENANDUNG BUDI, SULAMAN KASIH” 2012.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pada hari ini,
Dipersilakan ,
Saudara,
.................................................,
Untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan,
Atas bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dari-Nya, kita telah pun usai menjalankan Program Bakti Siswa Perdana di Kem Polis Marin Wilayah 1 Langkawi yang bertemakan “Senandung Budi, Sulaman Kasih” 2012 ini dengan jayanya dan selamat dari sebarang kejadian yang tidak di ingini.



Setelah mahasiswa mahasiswi UUM berkampung di sini selama 4 hari 3 malam, akhirnya tibalah jua saat untuk berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Majlis pada hari ini diadakan sebagai simbolik tamatnya program pada kali ini.

Baiklah,
Seterusnya,
Majlis dengan ini menjemput,
Saudari Nordiana Tajudin,
Pengarah Program Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’
Untuk memberikan sepatah dua kata,
Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

Untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.






Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Seterusnya,
Majlis dengan sukacitanya,
Menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha,
Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan Marin
Wilayah 1 Langkawi

Untuk menyampaikan ucapan beliau, seterusnya merasmikan
Majlis Penutup,
Program Bakti Siswa Perdana Polis Marin Wilayah 1 Langkawi 2012.
Dengan segala hormatnya,
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Rasid atas ucapan serta perasmian penutup itu tadi.


Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian,wabillahitaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh............

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENGARAH PROJEK, BAKSIS POLIS MARIN, LANGKAWI


TEKS UCAPAN PENGARAH PROJEK MAJLIS PERASMIAN

Bismillahirrahmanirrahim,  Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Yang Berusaha,
 Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan Marin
Wilayah 1 Langkawi

Yang Berusaha,
Tuan Mohd Puzi Bin Din,
Penyelaras Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’.

Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

Yang Dihormati,
Ahli-ahli jawatan kuasa pelaksana program,
Para Keluarga Angkat,
Rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi UUM,
Seterusnya Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya maka diberi kesempatan kepada kita untuk berkumpul bagi menyempurnakan majlis perasmian Program Bakti Siswa UNIVERSITI UTARA MALAYSIA di Kem Polis Marin Langkawi pada hari ini.

Saya Nordiana Tajuddin selaku Pengarah Projek Program Bakti Siswa di Kem Polis Marin Langkawi dengan bertemakan ‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’ ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Polis Marin yang terlibat kerana sudi menerima kunjungan mahasiswa-mahasiswi UUM bagi menjayakan Program Bakti Siswa di Kem Polis Marin ini bersama kami.

Hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian,

Program Bakti Siswa ini di anjurkan oleh Dewan Penginapan Pelajar  Tenaga Nasional (DPP TNB) UUM. Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional (DPP TNB) telah menganjurkan Program Anak Angkat Bakti Siswa ini sejak sekian lama lagi dan ia merupakan salah satu program utama bagi kami. Program ini telah diadakan di banyak negeri termasuklah di Sarawak pada cuti pertengahan semester yang lalu. Program seperti ini bertujuan untuk mahasiswa/i menjalinkan hubungan silaturrahim dengan warga Polis Marin dan memberi peluang kepada kami untuk mengenali dan berinteraksi dengan penduduk yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia sama ada muda atau tua. Keadaan ini akan mencapai matlamat UUM bagi membentuk mahasiswa-mahasiswi yang lebih matang, terbuka dan dinamik.

Untuk makluman hadirin-hadirat semua, program kali ini disertai oleh 39 orang pelajar UUM yang terdiri daripada 12 lelaki dan 27 perempuan yang berasal dari pelbagai negeri.

Harapan saya, Program Bakti Siswa ini dapat menerapkan nilai-nilai yang tidak dapat diperolehi dan dipelajari oleh mahasiswa-mahasiswi semasa menuntut ilmu di dalam bilik kuliah di Universiti. Hanya dengan melalui pengalaman yang sebeginilah rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi dan saya sendiri dapat merasai dan melalui sendiri kemanisan hidup secara bermasyarakat.

Masyarakat kampung yang kukuh dengan amalan, adat, dan tradisi seperti hormat-menghormati, bergotong-royong, tegur-menegur, ziarah-menziarahi, bermaafan dan sentiasa mementingkan semangat persaudaraan adalah nilai-nilai murni yang perlu diterapkan kepada mahasiswa-mahasiswi universiti supaya kita mepunyai keperibadian yang tinggi. Dengan itu matlamat bagi melahirkan modal insan yang syumul serta berilmu dan menjadi Role Model kepada masyarakat akan dapat dicapai melalui pengalaman ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Polis Marin, Langkawi kerana sudi menerima kami  warga UUM untuk mengadakan program Bakti Siswa di sini. Bantuan, sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat kami hargai. Program yang berkonsepkan keluarga angkat ini sudah tentu akan melibatkan secara terus pelajar UUM dengan keluarga angkat masing-masing. Kepada keluarga angkat yang sudi menerima kami para pelajar UUM, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya akan ada perlakuan kami yang salah dan tak senang mata memandang. Mohon-mhonlah dimaafkan dan ditegur. Anggaplah kami ini seperti anak yang dahagakan teguran seperti anak sendiri.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan Program Bakti Siswa ini dan semoga program yang berlangsung ini benar-benar memberi kejayaan dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN PENGARAH PROJEK, MAJLIS PENUTUPAN BAKSIS POLIS MARIN, LANGKAWI


TEKS UCAPAN PENGARAH PROJEK
Bismillahirrahmanirrahim,  Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Yang Berusaha,
 Tuan Rodzi Abu Hassan,
Pegawai Pemerintah Gerakan Pasukan Marin
Wilayah 1 Langkawi

Yang Berusaha,
Tuan Mohd Puzi Bin Din,
Penyelaras Bakti Siswa,
‘Senandung Budi, Sulaman Kasih’.

Yang Berusaha,
.............................................................................,
Penolong Pengetua,
Dewan Penginapan Pelajar,
Tenaga Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

Yang Dihormati,
Ahli-ahli jawatan kuasa pelaksana program,
Para Keluarga Angkat,
Rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi UUM,
Seterusnya Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.


Terlebih dahulu marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin dan inayahNya dapatlah kita bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Perasmian Penutup Program Bakti Siswa Perdana Polis Marin Langkawi, “Senandung Budi, Sulaman Ksih” yang telah bermula pada 2 Julai sehinggalah pada hari ini iaitu 5 Julai 2012. Alhamdulillah, akhirnya, kita telah berjaya dengan sempurna berkampung di Kem pOlis Marin Langkawi yang indah ini selama 4 hari 3 malam.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa program ini telah membawa sejuta kenangan dan pengalaman yang cukup menyumbangkan set-set kehidupan yang disulami dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan akhlakiah yang mulia. Segala nikmat dan input-input yang berguna dari perjalanan program BAKSIS ini diharapkan dapat ditanam, dibaja dan dituai dengan sebaik-baiknya oleh warga Polis Marin dan warga UUM sekalian.
Sesungguhnya, kami dari pihak UUM sedia menerima jemputan dan pandangan daripada warga Polis Marin dengan tangan terbuka jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian memerlukan sebarang perkongsian ilmu pengetahuan daripada institusi kami. Dengan izin Allah S.W.T, mudah-mudahan pertemuan kita di perkampungan ini tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas serta berkekalan dan abadi selamanya.

Hadirin sekalian,
Ingatlah, buang yang keruh dan ambillah yang jernih daripada kami. Setiap manusia tidak semaksum Nabi yang tidak mempunyai sebarang salah dan khilaf. Sekiranya kami ada terlanjur dalam pertuturan dan perbuatan dengan warga Polis Marin sepanjang kami berkampung di sini, kami dengan rendah dirinya memohon ampun dan maaf daripada warga Polis Marin sekalian.  

Tidak dilupakan, sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan ahli jawatankuasa dan kakitangan yang terlibat dalam program ini yang telah banyak membantu saya dan bertungkus-lumus bagi memastikan program Bakti Siswa ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga penganjuran program seumpama ini akan merapatkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturrahim di antara  kalangan warga UUM dengan warga kampung Polis Marin Langkawi yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan pada pagi ini, saya ingin berkongsi dengan para hadirin dengan beberapa kata-kata hikmat yang mungkin mampu memberi sedikit motivasi dan pengajaran untuk rentetan perjalanan hidup kita sekalian.


"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."

"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh."

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

Renung-renungkanlah….
Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


TEKS DOA MAJLIS PERASMIAN & PENUTUP BAKSIS POLIS MARIN, LANGKAWI


DOA PERASMIAN
Sesungguhnya kami berhimpun di Majlis Perasmian Program Bakti Siswa di Kem Polis Marin, Langkawi pada hari ini, bagi melahirkan rasa
kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
melimpah ruah yang telah Engkau berikan kepada kami .

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,
Kau jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati dan Kau jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau berkati.
YA ALLAH,
Kau jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan Kau jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini.
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,
Kau terimalah doa kami ini, sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Penerima Doa.

DOA PENUTUP
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama 4 hari 3 malam dalam Program Bakti Siswa di Kem Polis Marin, Langkawi. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan program ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .